Wednesday, 4 February 2015

Sejarah tingkatan 1 bab 3

Bab 3 kerajaan awal di Asia tenggara 

3.1 pendahuluan 

1. Kerajaan awal di Asia tenggara dapat dibahagikan kepada dua bentuk :-
a) kerajaan agraria.
b) kerajaan maritim. 
2. Contoh kerajaan agraria :-
a) angkor. 
b) Funan.
3. Contoh kerajaan maritim :- 
a) champa.
b) Chih-tu.
c) srivijaya.
d) Kedah tua.
e) majapahit.

3.2 kerajaan agraria

Ciri-ciri umum 
1. Kerajaan agraria ialah kerajaan yang menjalankan aktiviti ekonominya yang bersifat pertanian.
2. Kerajaan agraria terletak di kawasan tanah subur, di lembangan sungai dan di kawasan pedalaman.
3. Kegiatan utama masyarakat agraria  ialah, berburu, mengutip hasil hutan dan menangkap ikan.
4. Mereka juga menjalankan kegiatan pertanian dan penternakan.
5. Hasil Utama masyarakat agraria ialah ubi taro, padi Huma, dan padi sawah. 
6. Mereka membina empangan dan sistem saliran untuk menjalankan kegiatan pertanian dan penternakan.
7. Pemerintah bertanggungjawab membina serta menguruskan sistem saliran, empangan, dan terusan. 
8. Kegigihan masyarakat agraria berjaya membentuk kerajaan yang masyhur. 
9. Kerjasama di antara pemerintah dan rakyat telah berjaya mengembangkan bidang pertanian dan pembinaan empangan dalam kerajaan agraria. 
 
Kerajaan angkor
1. Kerajaan angkor diasaskan pada kurun ke-7 masihi. 
2. Pusat kerajaannya terletak di kawasan hilir sungai mekong.
3. Kawasan pertaniannya yang Utama terletak di sekitar tasik tonle sap.
4. Masyarakat membina baray untuk memudahkan sistem pertanian. 
5. Ciri-ciri pentadbiran kerajaan angkor.
a) sistem pemerintahan bertumpu kepada raja yang mempunyai kuasa mutlak. 
b) raja dianggap wakil tuhan di bumi yang bertaraf devaraja. 
c) raja angkor dibantu oleh kerabatnya.
6. Kerajaan angkor mencapai zaman kegemilangan pada zaman pemerintahan suryavarma 11. 
7. Kerajaan angkor menerima agama hindu-Buddha sebagai agama Utama. 
8. Candi angkor Wat dibina untuk membuktikan kewujudan kerajaan hindu-Buddha.

Kerajaan Funan 
1. Kerajaan Funan diasaskan pada kurun pertama masihi.
2. Pusat kerajaan terletak di vyadhapura.
3. Pelabuhan utamanya, Oc-eo, terletak di muara sungai mekong yang menjadi jalan perhubungan perdagangan Utama.
4. Empangan, sistem saliran dan takungan air dibina untuk mengairi kawasan pertanian, khususnya di kawasan sawah padi. 
5. Bekalan air diperoleh daripada sungai mekong dan kawasan persisiran pantai.
6. Rajanya yang pertama, kaundinya, menggunakan gelaran kurung bnam. 
7. Fan shih-man merupakan seorang jeneral yang agung.

3.3 kerajaan maritim

1. Kerajaan maritim terletak di kawasan persisiran pantai.
2. Masyarakatnya menjalankan kegiatan yang berkaitan dengan laut seperti menangkap ikan, memungut hasil laut, membina kapal, dan berdagang.
3. Perdagangan menjadi kegiatan terpenting kerana laut merupakan laluan perdagangan Utama. 
4. Sungai berfungsi sebagai laluan perdagangan ke kawasan pedalaman.
5. Pusat pentadbiran kerajaan maritim bertumpu di kawasan muara sungai yang menjadi kawasan penempatan penduduk. 
6. Pelabuhan muncul sebagai pusat perdagangan di kuala sungai. 
7. Pelabuhan-pelabuhan kerajaan maritim dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti bekalan air, tempat tinggal, tempat menyimpan barang dagangan dan kawasan menjalankan perniagaan.
8. Dalam urusan perdagangan, kerajaan maritim berperanan sebagai orang      tengah :- 
a) kerajaan maritim menjadi pusat pengumpulan barangan dari kawasan pedalaman dan pulau-pulau perdagangan.
b) barang-barang yang dikumpulkannya 
Merangkumi hasil hutan, rempah-ratus, ubat-ubatan, gaharu, cendana, dan danar.
9. Perdagangan dijalankan di pelabuhan Utama yang berfungsi sebagai pelabuhan entrepot.

Kerajaan champa
1. Kerajaan champa diasaskan pada sekitar tahun 192 M. Oleh Chu-lien. 
2. Champa ditadbir oleh 14 dinasti. 
3. Dalam struktur pentadbirannya, terdapat pegawai pemungut cukai. 
4. Nama champa wujud pada tahun 655 M.. 
5. Pelabuhannya yang terkenal ialah inderapura.
6. Raja champa dipengaruhi oleh agama hindu.
7. Pada akhir kurun ke-13, champa dipengaruhi oleh China tetapi pengaruh ini lenyap pada kurun ke-15 . 
8. Menurut sumber sanskrit, pemerintahan champa diterajui oleh bhadravarnom pada 400 masihi


Akan disambung.....
To be continue.......

2 comments:

  1. this is not as good.if people want to do their kajian kes for sejarah they need more imformation.

    ReplyDelete