Monday, 2 February 2015

Bab 1 : sejarah dan kita

1.1 pengertian sejarah

1. Istilah "sejarah" berasal daripada perkataan Arab "syajaratun" yang bermaksud pohon atau pokok.
2. "Syajaratun" juga membawa maksud salasilah, riwayat, keturunan, dan asal usul.
3. Kesimpulannya, sejarah memperkatakan perkara yang telah berlaku.
4. Sejarah membolehkan kita memahami peristiwa-peristiwa silam yang berkaitan dengan diri.
5. Peristiwa seperti kemerdekaan persekutuan tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 merupakan peristiwa               
    Yang bersejarah bagi setiap rakyat Malaysia.
6. Pada 31 Ogos setiap tahun , hari kemerdekaan disambut dengan penuh gilang gemilang.
7. Ibn khaldun- sejarah memperkata tentang masyarakat manusia atau peradaban manusia. Sejarah      
    Juga memperkatakan perubahan-perubahan yang berlaku pada sifat-sifat masyarakat tersebut.
8. Herodotus- sejarah ialah penceritaan tentang tindakan manusia dan sebab-sebab mereka melakukan  
    Tindakan tersebut. 
9. Muhd.yusof ibrahim- sejarah merupakan catatan atau rekod tentang sesuatu peristiwa yang berlaku 
    Pada suatu masa yang lalu.
10. Sebab-sebab hari kebangsaan disambut secara besar-besaran:-
  - sebagai tanda kesyukuran negara kita bebas daripada penjajahan.
  - menandakan kebanggaan kita terhadap negara.
11. Kita juga berterima kasih kepada pejuang-pejuang negara yang memperjuangkan pembentukan      
      Negara merdeka dan berdaulat.
12. Semangat ini penting untuk kita, iaitu generasi pewaris negara Malaysia. 
13. Kemajuan yang kita capai juga menguatkan azam kita untuk mempertahankan kedaulatan negara.
14. Kita bertanggungjawab menjaga kemerdekaan dan kedaulatan negara bagi membina cara hidup 
      Yang bermatlamat dan berwawasan. 

1.2 ciri-ciri sejarah

1. Ciri-ciri sejarah kita membolehkan kita merekonstruksi peristiwa yang telah berlaku supaya kita 
    Lebih memahaminya. 
2. Peristiwa sejarah memperlihatkan ciri-ciri seperti berikut:-
  - fakta yang tepat dan benar.
  - penting dan bermakna. 
  - sebab dan akibat. 
3. Fakta yang tepat dan benar :-
  - peristiwa, tempat, tokoh, dan tarikh yang dapat dibuktikan kebenarannya dikenali sebagai fakta
    Sejarah.
  - fakta sejarah perlu dapat dipertanggungjawabkan kesahihannya.
  - fakta tersebut tidak boleh direka atau ditokok tambah.
4. Penting dan bermakna :- 
  - peristiwa sejarah penting kerana memberi kesan kepada individu dan masyarakat.
  - peristiwa juga membawa makna kepada seseorang individu atau masyarakat.
5. Sebab dan akibat :-
  - peristiwa sejarah memperkatakan apa, siapa, bila, di mana, mengapa, dan bagaimana peristiwan 
    Tersebut berlaku.
  - melalui persoalan ini, kesahihan sesuatu peristiwa sejarah dapat dibuktikan.
  - sebab dan akibat peristiwa sejarah juga dapat menimbulkan perasaan ingin tahu pelajar tentang
    Mengapa dan bagaimana sesuatu peristiwa berlaku. 

1.3 sumber sejarah

1. Sumber sejarah memberi maklumat yang benar tentang sesuatu peristiwa yang dikatakan peristiwa 
    Sejarah.
2. Sejarah ditulis berasaskan kajian terhadap sumber sejarah seperti artifak, fosil, dokumen, peta, 
    Manuskrip, dan sumber lisan.
3. Sumber pertama 
  - sumber pertama juga dikenal sebagai sumber primer.
  - sumber ini merupakan sumber sejarah yang asli, iaitu sumber yang belum diolah atau dicetak.
  - antaranya ialah fosil, dokumen, diari, fail rasmi jabatan, dan artifak seperti batu bersurat. 
4. Sumber kedua
  - sumber kedua juga dikenal sebagai sumber sekunder.
  - sumber kedua terdiri daripada bahan yang dikaji dan ditafsir oleh sejarawan.
  - antaranya ialah buku, majalah, jurnal, ensiklopedia, akhbar, risalah, dan laporan tahunan jabatan.

1.4 kaedah pengkajian sejarah.

1. Tiga kaedah dalam pengkajian sejarah.
 a) kaedah lisan
 b) kaedah bertulis 
 c) kaedah arkeologi 
2. Kaedah lisan
  - melalui kaedah lisan, sejarawan mendapat maklumat sejarah melalui lisan.
  - maklumat sejarah boleh diperoleh melalui beberapa cara :-
 a) temu bual dengan tokoh
 b) ucapan tokoh
 c) penceritaan responden
  - Kaedah ini berkait rapat dengan tradisi sastera rakyat yang mengandungi unsur-unsur mitos, 
    Legenda, dan puisi.
  - Hasil kaedah lisan tidak dapat diterima bulat-bulat kerana sumbernya sering ditokok tambah 
    Dengan unsur-unsur mitos dan legenda.
  - Sejarawan akan memilih, mentafsir, dan membandingkan maklumatnya sebelum diterima sebagai
    Fakta sejarah.
  - Kini kaedah lisan dijalankan dengan bantuan peralatan komunikasi seperti radio, televisyen, pita 
    Rakaman, dan kamera.
3. Kaedah bertulis 
  - melalui kaedah bertulis, sejarawan mendapatkan maklumat sejarah melalui bahan yang 
    Ditulis, dilakar, atau dipahat.
  - bahan-bahan yang membentuk sumber bertulis :-
 a) batu
 b) dinding gua
 c) kulit kayu
 d) daun 
 e) logam 
 f) gading
 g) kertas
  - sumber yang ditulis ini membantu sejarawan memperoleh maklumat tentang peristiwa, tokoh,
    Kejadian, perundangan dan adat resam.
  - contoh sumber sejarah bertulis negara kita yang terkenal ialah batu bersurat Terengganu.
  - sumber-sumber bertulis yang lain adalah :-
 a) catatan orang protugis seperti tome pires dan godinho de eredia.
 b) penulisan sejarah seperti sejarah Melayu, salasilah Bugis.

4. Kaedah arkeologi 
  - kaedah arkeologi memperlihatkan usaha sejarawan memperoleh maklumat melalui kaedah
    Saintifik.
  - kaedah ini terbahagi kepada beberapa cabang seperti
  a) angkasa lepas
  b) maritim
  c) cari gali
3. Ahli-ahli arkeologi mendapat maklumat sejarah melalui bahan tinggalan yang diperoleh melalui         proses cari gali 













No comments:

Post a Comment